Categories
NASIONAL

OKU jalan kaki 51 hari bawa misi Selamatkan Malaysia

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 26 SEPT: Kempen jelajah berjalan kaki selama 51 hari sambil berpuasa oleh Isaiah Jacob akan bermula, pada 20 Oktober ini mengambil kira keadaan beberapa negeri yang sedang dilanda banjir.

Isaiah, 51, yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkata, jelajah membawa misi Selamatkan Malaysia dan Bebaskan Anwar itu akan bermula di Pulau Pinang melalui beberapa negeri, termasuk Perlis dan Kedah sebelum berakhir di Kuala Lumpur, pada 9 Disember ini.

“Dalam sidang media sebelum ini, saya umumkan program dimulakan, pada 20 September tetapi kita dapat banyak maklum balas daripada rakan di utara berhubung banjir dan mereka minta tangguhkan.

“Dalam perjalanan ini saya akan minum sahaja, tidak makan. Pada masa ini, saya sudah cukup bersedia ditambah mempunyai pengalaman berjalan dari Dataran Merdeka ke Kuantan ketika membantah isu Lynas, sebelum ini.

“Kalau saya seorang OKU boleh mainkan peranan, rakyat Malaysia lain juga boleh selamatkan Malaysia untuk elak anak cucu kita jadi mangsa kekejaman Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad, di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.

Isaiah berkata, rakyat Malaysia perlu mencontohi semangat dimiliki OKU sepertinya dalam memainkan peranan masing-masing demi kehidupan lebih baik untuk generasi akan datang.

Katanya, beliau akan memulakan perjalanan di Kepala Batas sebelum dijangka tiba di Permatang Pauh, pada sebelah malam untuk majlis pelancaran dengan melalui Bagan dan Bukit Mertajam.

“Perjalanan saya bersama kira-kira empat rakan lain akan berakhir, pada program Perhimpunan Rakyat, di Kuala Lumpur, pada 9 Disember ini,” katanya.

#SelamatkanMalaysia Tun M : Biar satu lawan satu PRK ini,fokus kalahkan BN

PRK Sg. Besar, Kuala Kangsar, fokus untuk kalahkan BN. Biar satu lawan satu-Tun M

#SelamatkanMalaysia Mat Sabu : Azmin takkan halang warga Sarawak masuk Selangor

Hampir 50 pimpinan tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Namun, jika ada imegresen di Selangor sekalipun, Menteri Besar tidak halang warga Sarawak ke Selangor- Mat Sabu

#SelamatkanMalaysia : Mari ‘bertumbuk’ dengan rakyat di Sg.Besar dan K.Kangsar – Azmin

Bawa mesej kesepaduan rakyat ini ke gelanggang Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Jika menang di sana, itu mesej jelas Najib mesti berundur- Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Rakaman #SelamatkanMalaysia : Himpunan di Stadium Malawati | 14 Mei 2016

DEKLARASI RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam | 14 Mei 2016 | 9 malam

#SelamatkanMalaysia : Walau jasad dikurung, jiwa kita tetap merdeka

Ramai dikalangan pembangkang mungkin dipenjara, tapi dalam perjuangan penjara itu perkara biasa – Tian Chua

#SelamatkanMalaysia : Kerana Najib, pimpinan pembangkang satu pentas dengan Tun M

1.2 juta tandatangani Deklarasi Rakyat, bukti rakyat sudah bangkit tentang Najib.

Categories
NASIONAL

Angkat individu baru ganti PM pulihkan sistem pentadbiran

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 MAC: Individu baru dan sesuai perlu diangkat sebagai Perdana Menteri bagi memulihkan sistem pentabiran negara menggantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasarannya kerana penyalahgunaan kuasa dan tabiat berbelanja mewah membabitkan wang rakyat.

Rafizi“Saya tak kan kacau kamu kalau kamu tak makan duit rakyat.

“Saya tak kacau Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi kacau Najib dan Rosmah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, negara kini mempunyai barisan pemimpin ‘pak lawak’ yang sering menggunakan ungkapan ‘tak tahu’ bila terbongkar sesuatu kes.

Katanya antaranya adalah penyelewengan lebih RM100 juta membabitkan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan.

“Saya kira kita boleh mengubah pepatah Melayu menjadi ‘Perdana Menteri borek, menteri rintik’.

“Dulu saya ingat Tun Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang tidur tetapi sekarang berjangkit pada menantunya (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin),” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Ucapan pemimpin di Kongres Rakyat tarik perhatian hadirin

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 MAC: Ucapan beberapa pemimpin politik dalam Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini mengundang perhatian dan sorakan hadirin di dewan berkenaan.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang membangkitkan soal masa depan negara ini terletak di tangan rakyat sendiri.

“Saya penah ditahan di bawah ISA ketika Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa tetapi saya tidak berdendam kerana apa yang penting masa depan negara.

CP2A4219“Kalau berdendam yang menjadi mangsa adalah anak cucu kita,” katanya berbangga dapat bersama mantan Perdana Menteri dan pemimpin lain dalam majlis bersejarah itu.

Penyatuan pemimpin dari latar belakang dan parti politik berbeza itu, katanya, bukan perjuangan peribadi tetapi perjuangan menyelamatkan negara dari kerosakan berpunca hasil kepimpinan kerajaan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Kamaruzaman Habibur Rahman, rakyat sering ditakutkan dengan tohmahan tidak benar seperti Deklarasi Rakyat itu adalah ‘Deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang’.

CP2A4385(1)“Kita tidak perlu takut kepada Lim Kit Siang tetapi yang perlu kita takut ialah Najib,” katanya menyentuh kepincangan dihadapi negara kini yang perlukan perubahan.

Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani berkata pihaknya mendapat maklumat setiap hari bahawa ramai pekerja di kalangan rakyat Malaysia diberhentikan dan kini lebih kurang 400,000 pekerja menjadi penganggur.

“GST menyebabkan banyak syarikat menghentikan operasinya, bila saya cakap di parlimen dikatakan fitnah.

“Rakyat disengsarakan semata-mata kalau tiada GST tak boleh bayar penjawat awam, kalau kamu cakap macam itu berhentilah jadi Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Kuala Langat itu.

Katanya, apa berlaku kini membuktikan negara diketuai pemimpin yang ‘bangang’ dan ‘rakyat perlu bangkit menolak Najib dan Rosmah’.

Bekas pendebat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap agar golongan muda dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam Pergerakan Selamatkan Malaysia.

Menurut Syed Saddiq, Pergerakan Selamatkan Malaysia bukan sahaja dipimpin oleh golongan berusia namun ia digerakkan oleh rakyat negara ini bagi menyelamatkan masa depan Malaysia.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia senada hasrat Anwar

Oleh: NORHAYATI UMOR

KAJANG, 5 MAC : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut baik Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia yang bertekad menolak kezaliman.

Katanya, ia selaras dengan hasrat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mahukan semua pihak mahupun institusi dikelola dengan baik dan adil.

“Saya hargai apabila Datuk S Ambiga mengeluarkan kenyataan bebas Anwar kerana teras deklarasi rakyat itu bukan sahaja reformasi untuk menjatuhkan sesiapa.

wan azizah pc purple 01“Tetapi kita mesti membuat reformasi menyelamatkan institusi kepada keadaan sepatutnya dan dijaga tatkelola baik dan adil seperti dikatakan Anwar sebelum ini,” katanya selepas merasmikan Fiesta Wanita dan Keluarga di Kompleks Metropoint Kajang, hari ini.

Pada masa sama, Wan Azizah turut memberitahu perbincangan lanjut berkenaan deklarasi itu akan diadakan Isnin depan.

“Kebebasan Anwar itu simbol kezaliman dan itulah juga yang kita tuntut,” katanya.

Semalam, Deklarasi Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ menyaksikan seteru politik duduk semeja membulatkan tekad menolak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata deklarasi terbabit dizahirkan setelah melihat ada keperluan mendesak untuk membuat reformasi terhadap sistem negara.

Sementara itu, mengulas isu mahkamah mengaitkan Yahya Sahri yang juga bekas Pegawai Khas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau berkata perkara terbabit adalah titik buruk kejam terutama kepada keluarganya.

“Saya rasa jangan diulangi (perkara itu) dan kita perlu lakukan perubahan kepada yang lebih baik,” katanya.

-AA-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Selamatkan Malaysia

Oleh: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Saya telah menerima pesanan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya semalam meminta saya mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam majlis ini dan Presiden Parti,  YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, telah memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat tentang kehadiran saya sebagai wakil “dalam semangat bersama dalam satu persefahaman bersama untuk membawa perubahan dalam negara.”

Saya juga bersetuju dengan pendirian masyarakat madani – civil society leaders – masyarakat perusahaan – industry leaders – dan anak watan prihatin yang cintakan negara agar bersama dalam gerakan baru ini.

Saya yakin petang ini adalah langkah yang paling patriotik. Apakah langkah yang lebih patriotik di kala ini dari menggembleng kekuatan rakyat untuk menyelamatkan Malaysia, mengembalikan maruah negara yang tercemar di mata dunia dan memperkukuh kebebasan, kewibawaan dan integriti institusi negara ?

Kita tidak boleh berpeluk tubuh tatkala negara yang kita cintai dihancurkan secara sistematik melalui tindakan sewenang-wenang dan jenayah akibat daripada pemusatan kuasa mutlak ditangan seorang individu di Putrajaya.

Sebagai wakil rakyat, saya mempunyai tanggungjawab moral untuk mengambil inisiatif dan mendukung segala usaha untuk memansuhkan sebarang undang-undang zalim dan menindas khususnya undang-undang baru yang menghakis hak asasi rakyat yang dilindungi oleh Perlembagaan.

Kita perlu membatalkan perjanjian-perjanjian yang mengabaikan dan melanggari keperluan sosial dan ekonomi rakyat dan juga mencerobohi kedaulatan negara. Kecurangan dalam urustadbir dan skandal kewangan mega seperti 1MDB perlu dibanteras.

Majoriti rakyat telah mengundi untuk perubahan dalam PRU13. Tetapi demokrasi yang tempang telah menghalang aspirasi majoriti rakyat dari diterjemahkan kepada dasar-dasar reformasi. Akibatnya kerajaan minoriti sekarang semakin rakus merompak kekayaan negara untuk diri sendiri.

Justeru, untuk menjadikan suara rakyat benar-benar suara keramat, demokrasi perlu dipulihkan, pilihan raya perlu bebas dan adil dan media perlu dibebaskan.

Saya dan teman-teman seperjuangan masih muda dalam politik. Kami melalui zaman getir perjuangan reformasi, turun naik mahkamah dan pemimpin kami Dato’ Seri Anwar masih terlantar di belakang tembok penjara. Tetapi semua pengorbanan ini kami lakukan semata-mata demi rakyat dan negara. Kami tidak bermusuh dengan sesiapa, individu atau parti. Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat yang tidak seharusnya, dan tidak akan boleh dibolot oleh sesiapa. Maka apabila ada mana-mana pihak yang ingin bersama perjuangan reformasi dan menentang perasuah, secara individu atau kumpulan, kamilah yang akan menghulurkan salam perjuangan.

Saya ingin mengulangi seruan buat semua rakyat tanpa mengira parti politik, kaum, kepercayaan dan agama untuk bersama kerana sesungguhnya masanya telah tiba bagi semua warga yang peduli untuk bertindak dan mencipta perubahan hakiki dan bermakna. Saya yakin Deklarasi Rakyat yang ditandatangani petang ini pasti akan merobah landskap politik negara.

RAKAMAN : #SidangMediaKhas | ‘Selamatkan Malaysia’ | 330pm

Sidang media ini telah berlangsung di Rumah Alumni Universiti Malaya | 4 Mac 2016 bermula 330 petang.