Categories
SELANGOR

479 pelajar cemerlang UPSR terima anugerah ADN Seri Andalas

KLANG, 3 APR : Sekurang-kurangnya 479 pelajar cemerlang UPSR dengan keputusan 5A di DUN Seri Andalas diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2015, baru-baru ini.

Bermula dengan Fasa 1, seramai 224 pelajar cemerlang menerima sijil dan cenderahati disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar di Dewan Serbaguna Taman Klang Jaya, pada 26 Mac lalu.

ANUGERAH UPSR SERI ANDALASIa pelajar daripada SRJK (T) Simpang Lima (120), SRJK (C) Chung Hwa (52), SRA Kg Jawa (31), SRA Taman Sri Andalas (14) dan Sekolah Al-Ainani (27).

Sementara Fasa 2 pada 2 April, seramai 255 pelajar dari 12 sekolah diraikan.

Ia membabitkan pelajar SRK Sri Andalas (54), SRA Sg Kandis (46), SRK Kg Jawa 2 (43), SRA Taman Klang Jaya (31), SRK Taman Klang Jaya (21), SRK Teluk Menegun (19), SRJK (T) Highlands (14), SRK Kg Jawa (11), SRJK (T) Batu Ampat (7), KAFA Integrasi Annur Taman Permai Kandis (4), SRK Klang (3) dan SRA Hj Fatimah (2).

“Saya berharap penghargaan kepada pelajar cemerlang ini menyunting semangat dan menggalakkan mereka untuk terus cemerlang dalam pencapaian akademik,” kata Xavier dalam kenyataannya kepada SelangorKini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.