Categories
NASIONAL

Badan khas PEMANTAU pastikan PRN Sarawak telus, adil

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 APR : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan NGO Sarawak menubuhkan satu pasukan khas, Pemantau Sarawak sepanjang proses Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) diadakan.

Fungsinya bagi memastikan PRN diadakan secara telus tanpa berlakunya sebarang penipuan dan kesalahan pilihanraya, sebagaimana pernah berlaku membabitkan kes Blackout pada pilihan raya (PRU13) lalu.

Sarawak“Pemantauan pilihan raya merupakan salah satu usaha penting untuk memastikan pilihan raya Sarawak berlangsung bersih dan adil.

“Melalui pemantauan, rakyat menjadi saksi mencegah dan melaporkan penipuan atau kesalahan pilihan raya seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan gangguan terhadap proses pilihan raya,” kata BERSIH 2.0 dalam kenyataan.

Pemantauan khusus juga turut memberi penumpuan kepada lima kawasan DUN yang berisiko tinggi berlakunya penipuan dan salahlaku pilihanraya.

Lima kawasan DUN yang dipantau ialah :

(1) N02. Tasik Biru (Bau/Tondong/Serikin)
(2) N13. Batu Kitang (Kuching/Arang/Kitang)
(3) N53. Bawang Assan (Sibu/Rassau)
(4) N75. Senadin (Miri/Kuala Baram/Riam)
(5) N77. Telang Usan (Long Lama/Long San/Miri)

Sementara itu, masyarakat berminat menjadi sukarelawan pemantau digalakkan menyertai pasukan ini dalam usaha memastikan PRN dijalankan penuh intergriti tanpa berlaku penyelewengan.

“Diseru rakyat Sarawak, khasnya mereka yang menetap di lima kawasan DUN di atas, supaya menyertai pasukan PEMANTAU Sarawak,” katanya kenyataan itu.

Untuk menyertai pasukan PEMANTAU Sarawak, mereka yang berminat boleh mendaftar di laman www.bersih.org/pemantausarawak atau menghubungi pejabat BERSIH 2.0 di talian 03-79314444/019-4380428 atau [email protected]

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.