Categories
SELANGOR SUKANKINI

Azrif Nasrulhaq kini milik JDT

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 JUL: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) secara rasmi mengumumkan perpindahan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham ke pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari, berkata FAS sudah mencapai kata sepakat bersama Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan bersetuju melepaskan pertahanan kanan Selangor itu, namun kedua-dua pihak enggan mendedahkan nilai perpindahan.

yb amir markshort 5-web“FAS telah meneliti, berpuas hati dan bersetuju dengan tawaran dilakukan JDT ke atas Mohd Azrif. Namun butir-butir persetujuan dan jumlah perpindahan Mohd Azrif ke JDT tidak akan didedahkan demi kebaikan semua pihak.

“Aksi Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur pada Selasa lalu adalah yang terakhir buat Mohd Azrif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin menjelaskan FAS sedang dalam perbincangan mengikat seorang pemain berkebolehan bagi mengisi kekosongan dan perkembangan lanjut berkaitan kemasukkan pemain baru akan diumumkan sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

Selain Mohd Azrif, FAS turut mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Robert Cornwhaite yang ditamatkan kontrak atas sumbangan sepanjang menyarung jersi Merah Kuning.

Posisi Cornwhaite sudah diisi dengan kehadiran tonggak dari Nigeria, Ugochukwu Ukah.

-nR-

Categories
SELANGOR

FAS akur Stadium Shah Alam belum bersedia

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 APR: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akur dengan keputusan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengklasifikasikan Stadium Shah Alam tidak sesuai digunakan untuk perlawanan Selangor menentang Kedah, 5 April ini.

Berikutan itu, perlawanan dalam saingan Liga Super itu dipindahkan ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, dekat sini.

Pengurus Selangor, Amirudin Shari, berkata pihaknya menerima keputusan FMLLP itu namun berharap pengurusan Stadium Shah Alam memberi perhatian berhubung perkara berkenaan.

yb amir markshort-web 7“Saya ingin melahirkan rasa kecewa terhadap pengurusan stadium di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta kontraktor dilantik kerana gagal menyiapkan kerja baikpulih sepertimana ditetapkan.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana proses telah bermula penghujung Disember tahun lalu dan mengikut pemantauan sertan penjelasan diberikan, ianya boleh siap digunakan pada perlawanan 5 April ini.

“Malah, penerangan terakhir diberikan kepada saya awal minggu ini masih turut memberikan jaminan sama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain isu rumput padang, Amirudin berkata, proses penambahbaikan pencahayaan Stadium Shah Alam dari 1,200 lux ke 2,000 lux juga masih diteruskan.

YB Amiruddin melawat Stadium Shah Alam (ASRI) (3)Katanya, mengambil kira risiko kecederaan pemain terutamanya, FAS bersetuju perlawanan itu dipindahkan ke venue dinyatakan, namun akan memastikan pengurusan stadium bertindak lebih efisien bagi menyiapkan padang mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Bagi pemegang pas bermusim FAS pada musim ini, saya memberi jaminan boleh digunakan di Stadium Selayang pada 5 April ini dan telah meminta Darul Ehsan Facilities Management serta FAS mengaturkan sebaik-baiknya.

“Saya memohon maaf kepada semua penyokong setia Selangor di atas kelewatan proses penambahbaikan Stadium Shah Alam dan akan memastikan ia akan diselesaikan segera,” katanya.

-nR-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Status padang: FAS Akur Keputusan FMLLP

Oleh : Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akur dengan keputusan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang mengklasifikasikan padang Stadium Shah Alam sebagai tidak sesuai digunakan serta masih belum pulih sepenuhnya bagi perlawanan Selangor menentang Kedah pada hari Selasa nanti.

Malah selain isu rumput padang, proses penambahbaikan pencahayaan Stadium Shah Alam dari 1200 lux ke 2000 lux juga masih di dalam proses.

YB Amiruddin melawat Stadium Shah Alam (ASRI) (3)Saya ingin melahirkan rasa kecewa terhadap Pengurusan Stadium Shah Alam di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam serta kontraktor yang dilantik kerana gagal menyiapkan kerja-kerja baikpulih sepertimana yang telah ditetapkan.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana proses ini telah bermula penghujung Disember 2015 dan mengikut pemantauan dan penjelasan yang diberikan, ianya boleh siap digunakan pada perlawanan 5 April 2016 menentang Kedah. Malah, penerangan terakhir yang diberikan kepada saya awal minggu ini masih turut memberikan jaminan yang sama.

Walaubagaimanapun, mengambil kira risiko kecederaan pemain terutamanya FAS terpaksa akur dengan keputusan FMLLP untuk meminda perlawanan ke Stadium Selayang.

Dalam masa yang sama, saya akan memastikan bahawa Pengurusan Stadium bertindak lebih efisien dalam memastikan padang dapat disiapkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Bagi pemegang pas bermusim FAS pada musim 2016, saya memberi jaminan bahawa pas bermusim tersebut boleh digunakan di Stadium Selayang pada perlawanan Selangor menentang Kedah pada 5 April 2016 nanti.

Saya telah meminta Darul Ehsan Facilities Management dan FAS untuk mengaturkan perkara ini sebaik-baiknya.

Saya turut ingin memohon maaf kepada semua penyokong setia Selangor diatas kelewatan proses penambahbaikan Stadium Shah Alam ini dan akan memastikan perkara ini akan diselesaikan segera.

Diharap segala proses akan berjalan lancar dengan pemantauan lebih teliti dan menyeluruh.

03 April 2016
-nR-

 

Red Giants dijangka beraksi di Stadium Shah Alam, 5 April ini

Baik pulih : Stadium Shah Alam dijangka boleh mula digunakan pada aksi Liga Super, Selangor menentang Kedah pada 5 April nanti.

Categories
SELANGOR

Amirudin: Baiki kegoyahan, kekalkan rentak kemenangan

Oleh: AFIX REDZUAN

KUANTAN, 28 FEB: The Red Giants perlu bangkit segera mengatasi masalah kegoyahan di peringkat awal permainan untuk mengekalkan momentum kemenangan.

Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari, bagaimanapun memuji semangat kebangkitan dipamerkan skuad merah kuning ketika menentang Pahang meskipun ketinggalan pada awal permainan.

Amiruddin Shari“Saya melihat corak (kebangkitan) permainan begitu dalam pasukan Selangor.

“Alhamdulillah kita mengekalkan momentum, cuma seperti biasa saya ingatkan kepada pemain supaya sentiasa fokus kepada permainan dan akhirnya kita dapat mengatasi kegoyangan di peringkat awal,” katanya kepada SelangorKini.

Mengulas berkenaan jadual perlawanan padat, beliau berkata, jumlah pemain sedia ada mampu digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan keletihan.

“Masih ada lapisan pemain seimbang dalam kalangan kita musim ini dan saya percaya masih terkawal.

“InsyaAllah beberapa pemain akan kembali minggu hadapan, kita boleh membuat pusingan pemain bagi mengatasi masalah jadual ketat,” katanya.

sel 2The Red Giants setakat ini belum merekodkan sebarang kekalahan dalam semua kejohanan meskipun terpaksa mengharungi jadual padat dalam pertandingan domestik dan antarabangsa.

Dalam pertembungan Liga Super semalam, Selangor berjaya menewaskan Pahang 3-1 di Stadium Darul Makmur hasil dua jaringan daripada Patrick Ronaldinho dan R Gopinathan.

Selangor dijadualkan bertemu Sarawak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Selayang pada 1 Mac ini.

-AA-