Categories
SELANGOR

3 rumah hangus, musnah sekelip mata

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Tiga rumah musnah hangus terbakar keseluruhannya di Kampung Pasir Hulu Yam Bharu, Batang Kali, pada 3 Mei lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi laman facebooknya, berkata kejadian berlaku lebih kurang jam 2 petang melibatkan keseluruhan rumah dan harta benda musnah.

13124743_10154044530406221_1161913947722063647_nLZS pantas menghulurkan bantuan kecemasan RM500 yang diberikan kepada setiap ahli keluarga bagi meringankan beban mangsa.

“Lebih menghibakan, kejadian itu berlaku di saat umat Islam yang bakal menyambut Ramadan, tidak sampai sebulan.

“Semoga bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan bebanan mereka. Kita juga berdoa mereka sekeluarga terus tabah dengan dugaan Allah SWT ini,” katanya.

Antara penerima manfaat itu, Alias Buyong, Natnan Asik dan Mohamad Izman Hamzah, bahkan bantuan selebihnya akan diproses LZS selepas semua dokumen lengkap.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.