Categories
NASIONAL SELANGOR

MB sertai solidariti bersama Tian Chua, Sivarasa

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 MEI: Di sebalik kesibukan sebagai Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sempat mencuri waktu menyertai solidariti di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menerusi laman Facebooknya, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, berkata kehadirannya bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang disiasat polis.

Azmin“Saya menemani kedua mereka di IPD Petaling Jaya tengah hari ini.

“Kami tidak gentar dan kekal ceria walaupun mereka disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung kempen #BebasAnwar,” katanya menerusi status terbaru.

Pada 9 Februari lalu, Tian Chua dan Sivarasa menyertai Himpunan 365 #BebasAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh.

Himpunan itu diadakan sempena ulang tahun pertama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara berkenaan kes Fitnah II.

Memetik Malaysia Kini, Tian Chua berkata, polis turut menyiasat 25 individu lain yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

“Kami adalah kumpulan pertama yang disiasat mengikut Seksyen 9, Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberi polis notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.