Categories
SELANGOR

Final Piala FA: JDT lebih tertekan hadapi PKNS FC

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 MEI : Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dilihat lebih berdepan tekanan bagi memburu misi kejuaraan pertama pasukan itu musim ini, kata Ketua Jurulatih PKNS FC, Elavarasan Elangowan.

Sebaliknya kata Elavarasan, PKNS kini lebih bersedia menghadapi tentangan JDT dengan menggunakan kelebihan sebaiknya beraksi di laman sendiri.

“Walaupun kita jangkakan ramai penyokong JDT di stadium nanti, keadaan itu sebenarnya memberi tekanan kepada mereka berbanding kami.

PKNS_FC“Kami sebagai pasukan ‘underdog’ lebih bersedia sekiranya apa-apa berlaku dalam perlawanan. Keadaan ini memberi tekanan kepada dan JDT berbanding PKNS FC yang sememangnya lebih tenang dan fokus pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra pasukan PKNS FC bersama peminat di SACC Mall, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas keputusan pengurusan PKNS FC sekadar memohon peruntukan 10,000 tiket perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 14 Mei ini.

“Walaupun kita hanya diberi 10,000 tiket, saya rasa ianya bukan masalah besar kerana sambutan penyokong kedua-dua belah pasukan boleh memeriahkan lagi keadaan stadium.

“Malah ia juga sekali gus boleh menambah keyakinan kami untuk beraksi di padang nanti,” katanya.

PKNS FC mara ke final Piala FA setelah mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas Perak dalam aksi separuh akhir di Stadium Ipoh, 30 April lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.