Categories
SELANGOR

Lapan keluarga DUN Gombak Setia terima bantuan ribut

GOMBAK, 14 MEI : Seramai lapan keluarga penduduk India dari Indian Settlement Kampung Gombak Utara, Mukim Setapak diberi bantuan dalam bencana ribut baru-baru ini.

Sumbangan dari Tabung Bencana Pejabat Daerah Gombak itu diserahkan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzuan, kepada mangsa ribut.

Gombak SetiaDalam ribut yang berlaku pada 16 April yang lepas, beberapa rumah terkena angin kencang menyebabkan bumbung rumah tercabut dan beberapa rumah lagi dihempak pokok besar menyebabkan sebahagian rumah mengalami kerosakan teruk.

Dalam majlis penyampaian sumbangan itu, Hasbullah berharap sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dapat dimanfaat sepenuhnya oleh penerima dan Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Mariapan, Ketua Masyarakat India Kg India Settlement berterima kasih kepada ADN, Ahli Majlis dan Ketua Kampung yang sentiasa komited dan prihatin kepada masalah masyarakat India walaupun mereka merupakan minoriti di Dun Gombak Setia.

Beliau juga sentiasa berhubung rapat dengan Pejabat ADUN dalam membuat rujukan insentif Kerajaan Negeri dan sentiasa mengadu masalah yang mewakili penduduk India setempat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.