Categories
SELANGOR

Makcik ‘cadang hapus GST’ tarik perhatian ramai

OLEH : HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 20 MEI: Seorang makcik menarik perhatian hadirin apabila mencadangkan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Gayanya menghulurkan kertas kepada pemimpin nombor satu Selangor itu ketika beliau berucap dalam majlis pelancaran program bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” 2016 di Dewan Seri Bernam, di sini, hari ini, mencuit hati semua yang hadir.

“Ini terus dapat surat…makcik cadangkan hapuskan GST.

“GST ni makcik, InsyaAllah kita hapuskan bila saya sampai di Putrajaya,” katanya.

KLIK VIDEO DI SINI

Kejadian itu tercetus apabila isu GST disentuh Menteri Besar dan program HIJRAH diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi membantu kalangan usahawan kecil di Selangor.

Beliau berseloroh menyatakan pinjaman bank akan mudah diperoleh “Kalau makcik Lembaga Pengarah 1MDB, makcik akan dapat (pinjaman) daripada bank”.

“Makcik Lembaga Pengarah 1MDB…Ya?,” soalnya yang disambut wanita itu dengan kertas cadangan pemansuhan GST di pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri memperkenalkan banyak program berbentuk kebajikan demi membela nasib rakyat tidak sebagaimana Kerajaan Persekutuan yang mengenakan GST.

Katanya, apa berlaku kini adalah satu sejarah apabila negara menanggung hutang kira-kira RM50 bilion angkara skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rakyat dipaksa menanggung beban membayar hutang berkenaan.

“Apa makna negeri maju kalau rakyat di bawah susah. Banyak negara di dunia hari ini maju, pemimpinnya kaya tetapi rakyatnya miskin.

“Selangor tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana kekayaan negeri ini adalah milik rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.