Categories
SELANGOR

Mangsa kebakaran terima bantuan RM2,500

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 25 MEI: Mangsa kebakaran di Taman Puchong Prima, di sini menerima bantuan kecemasan bernilai RM2,500 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam paparan di Facebook, berkata ia bagi meringankan beban dan dugaan terpaksa ditanggung mangsa sekeluarga.

LZS 2“Mangsa yang juga penyewa di rumah itu mengalami kemusnahan hampir 80 peratus.

“Sejurus mendapat berita itu, LZS menghulurkan bantuan awal terus kepada mangsa berjumlah RM500 bagi keperluan kegunaan sara diri dan tanggungan sementara sebelum bantuan kecemasan bencana diberikan,” katanya.

Difahamkan, mangsa adalah pengusaha perniagaan gerai makanan dan pakaian mempunyai tanggungan seorang isteri dan enam anak yang masih belajar.

Kejadian malang pada 17 Mei lalu memusnahkan sebahagian besar kediaman mangsa yang disyaki berpunca daripada litar pintas pendawaian rumah terbabit.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.