Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Sekatan masuk ke Sarawak rendahkan kedudukan pejabat Ketua Menteri

OLEH : DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Saya baru sahaja dihalang daripada memasuki Sarawak dan ditahan tanpa izin saya di ruang menunggu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum diusir menaiki penerbangan pulang ke Semenanjung

Tan Sri Adenan Satem perlu bertanggungjawab terhadap situasi yang amat dikesali ini. Namun, pada masa sama saya bersimpati dengan beliau kerana terpaksa menggunakan taktik sebegini dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Adenan Satem mungkin lupa bahawa kuasa itu sebenarnya menuntut sikap bertanggungjawab. Beliau perlu menggunakan kuasa tersebut dengan tanpa prasangka untuk mendatangkan manfaat kepada rakyat Sarawak.

ChvnLJ3VEAEoVvOMalangnya kuasa itu telah disalahguna untuk memberi tekanan kepada seteru politik beliau.

Melalui sekatan ini, beliau telah mempamer kuasa eksekutifnya yang luas sebagai Ketua Menteri tanpa menyedari bahawa tindakan tersebut sebenarnya mencemarkan kedudukan pejabatnya sendiri.

Dengan menggunakan taktik sebeni beliau secara terang-terangan merendahkan martabat beliau sendiri.

Halangan ini tidak memberikan kesan apa-apa pada diri saya secara peribadi tetapi saya tetapi ia merupakan satu penghinaan terhadap pejabat Menteri Besar Selangor di mana saya telah secara sah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Seperti saya sebut seminggu lalu, pendirian angkuh Adenan Satem terhadap rakan senegaranya ini adalah satu tindakan yang melampaui batas dan ia mempamerkan wajah sebenar beliau yang menggunakan kuasa eksekutif secara sesuka hati.

Ia juga satu pencabulan terang-terangan terhadap Seksyen 67 Akta Imigresen yang memberikan hak memasuki Sabah dan Sarawak “bagi tujuan aktiviti politik yang sah”.

Jika Adenan Satem berkata kehadiran saya ke sini hanya untuk kempen Pilihan Raya Negeri dan bukan sebagai Menteri Besar, maka beliau pada masa sama perlu akur yang Seksyen 67 itu mentafsirkan halangan ini sebagai tidak sah dan menyalahi Perlembagaan kerana berkempen itu adalah satu tindakan politik yang sah.

Halangan meluas terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang daripada memasuki Sarawak ini merupakan satu pencabulan undang-undang tanpa sebarang rasa malu dan satu penzahiran kepada salahguna kuasa yang semberono.

* Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali adalah MENTERI BESAR SELANGOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.