Categories
AGENDA NASIONAL

Patuh titah sultan, utama kebajikan rakyat elak rebut kuasa

SHAH ALAM, 24 OGOS: Wakil rakyat kerajaan dan pembangkang negeri ini senada untuk mengutamakan kebajikan rakyat ketika berdepan Covid-19 seperti dititahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semalam.

Mereka menyifatkan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj supaya ahli politik tidak merebut kuasa hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai tepat dalam keadaan masa kini.

Ketua Pembangkang Datuk Rizam Ismail berkata semua wakil rakyat perlu berganding bahu mencari penyelesaian bagi membawa negeri ini keluar daripada kemelut wabak.

“Perlu ada kebersamaan menjayakan perancangan, saya berharap wakil rakyat pembangkang turut dibabitkan dalam pelaksanaan di kawasan diwakili,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Air Tawar.

ADN Kota Anggerik Najwan Halimi pula berkata budaya merebut kuasa di peringkat kerajaan pusat tidak seharusnya dibawa ke Selangor kerana tidak membawa manfaat kepada rakyat.

“Rakyat mahu kebajikan mereka dijaga, fokus hari ini sepatutnya memulihkan semula ekonomi yang giat dijalankan Kerajaan Selangor.

“Kita bernasib baik di Selangor kerana wakil rakyatnya tidak melihat perbezaan ideologi politik sebagai satu masalah,” katanya.

Semalam, Sultan Selangor ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-14 mengingatkan ahli politik supaya tidak merebut kuasa hingga mengabaikan tanggungjawab membela rakyat.

Baginda bertitah rakyat terpaksa menanggung kesusahan apabila keadaan politik tidak stabil akibat perebutan kuasa.

Categories
AGENDA NASIONAL

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini hanya urusan Titah Diraja

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Sidang Dewan Rakyat pada Isnin ini hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata beliau menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis bahawa pihak kerajaan memutuskan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang akan berlangsung selama sehari itu, dipinda dengan urusan mesyuarat berkenaan.

Katanya, perkara itu adalah disebabkan penularan wabak Covid-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Menurut beliau Titah Diraja itu bermula pada 10 pagi dengan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak.

“Tiada sidang selepas Titah Diraja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pindaan itu adalah selaras dengan Peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat akan mengeluarkan notis baru majlis persidangan Dewan Rakyat kepada semua ahli dewan.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Exco sambut baik titah Sultan Selangor kekal barisan MMKN

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 25 MEI: Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim menyambut baik titah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan untuk mengekalkan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor sedia ada sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Chang Khim dalam kenyataannya berkata, kestabilan politik dalam Selangor masa ini penting untuk Kerajaan Negeri meneruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

“Negeri ini memerlukan kestabilan politik untuk mengekalkan kedudukannya sebagai megeri yang paling maju dan menarik kepada pelabur asing.

Teng Chang Kim“Oleh itu, keharmonian di negeri ini perlu dipelihara demi menjamin penyampaian kepada rakyat yang dijanjikan ketika PRU dapat disempurnakan Kerajaan Negeri,” katanya,

Katanya, hasrat dan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri ketika PRU harus dihormati khususnya apabila Kerajaan Negeri masih mempunyai sokongan keyakinan lebih dari 2/3 Ahli Dewan Negeri.

Chang Khim berkata, Selangor berjaya mengekalkan kedudukannya selama 20 tahun sebagai negeri yang memperoleh bilangan projek pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu 242 projek, tahun lalu.

“Pencapaian sedemikian tidak mungkin dikecapi tanpa kestabilan politik. Selain itu, Selangor juga berjaya mengekalkan kedudukannya sebgai penyumbang terbesar kepada KDNK negara iaitu 22.6 peratus, pada 2015,” katanya

Hari ini, Sultan Sharafuddin berkenan mengekalkan tiga Exco PAS Selangor dalam Kerajaan Negeri sehingga PRU akan datang.

Tuanku bertitah dan berkenan untuk mengekalkan mereka dalam Kerajaan Negeri bagi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhan selain mahu usaha pembangunan Selangor terus dilaksanakan.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Tuanku titah pertahankan momentum, bincang isu rakyat di DNS

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 MAC: Ahli Dewan Negeri Selangor disarankan supaya fokus membincangkan isu membabitkan kepentingan rakyat setiap kali Dewan Negeri Selangor (DNS) bersidang.

DNS MAC 17 (18)Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu selaras seperti yang disarankan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah ucapan baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Negeri Selangor ke-13 Tahun 2017, hari ini.

“Tuanku menitahkan peranan DNS untuk membincangkan isu rakyat dan kemajuan negeri diberi perhatian.

“Tuanku amat gembira dengan prestasi ekonomi Selangor sehingga hari ini dan keperluan untuk kekal mempertahankan momentum kecemerlangan ini, pada masa akan datang,” katanya selepas menghadiri istiadat terbabit di DNS, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Beliau berkata, DNS mempunyai peranan besar bagi memastikan perbahasan ahlinya pada persidangan kali ini memberikan perhatian kepada titah ucapan baginda, sekali gus dapat mengekalkan Selangor sebagai sebuah negeri maju dan makmur untuk rakyatnya.

Sebelum itu, Sultan Sharafuddin bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berangkat ke istiadat bersejarah itu.

Baginda turut menyampaikan titah ucapan perasmiannya, sekali gus menandakan bermulanya Persidangan Dwan Negeri Selangor ke-13 Tahun 2017.

-NFN-

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor: Jangan terlibat aktiviti keganasan

OLEH : SYASYA SUFIAN

CYBERJAYA, 23 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah sempena nama Raji Haji Fi Sabilillah Ibni Opu Daeng Chelak, adinda kepada Sultan Selangor yang pertama iaitu Almarhum Sultan Salehuddin Ibni Opu Daeng Chelak (Raja Lumu).

Baginda bertitah, semangat jihad yang ada pada Raja Haji Fi Sabilillah dalam memperjuangkan martabat agama Islam di Tanah Melayu menjadi inspirasi untuk menamakan masjid berkenaan.

CP2A7898-800x533“Ia sebagai lambang kekuatan dan penyatuan umat Islam yang tidak pernah lenyap.

“Beta berharap umat Islam di Selangor bersatu padu dan bekerjasama untuk kemajuan serta kesejahteraan bersama,” titah baginda ketika Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Raja Haji Fi Sabilillah sempena Sambutan Nuzul Quran Peringkat Selangor, di sini, malam tadi.

Baginda juga bertitah supaya rakyat Selangor tidak membabitkan diri dalam aktivit keganasan atau pelampau agama.

“Semangat jihad pada setiap umat Islam harus dimanfaat dan disalurkan ke tempat yang betul bukan terlibat dalam aktiviti keganasan atau pelampau agama seperti IS atau DAESH.

“Beta tidak mahu ada dalam kalangan umat Islam di Selangor bersifat ekstremis yang terlalu taksub terhadap agama sehingga menolak segala kemajuan serta tidak mengikut lunas Islam sebenar,” katanya.

CP2A7789-800x533Baginda juga tidak berkenan golongan umat Islam yang terlalu liberal sehingga mengetepikan syariat Islam seperti menghalalkan budaya terlalu bebas seperti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) serta mengamalkan budaya yang terkeluar daripada syariat Islam serta garis panduan yang ditetapkan syarak.

“Jadilah umat Islam yang mengikut landasan Islam sebenar dan sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup,” titah baginda.

Hadir sama pada majlis itu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

-NFN-