Categories
NASIONAL

80 terkorban dalam serangan trak di Perancis

PERANCIS, 15 JULAI: Sekurang-kurangnya 80 terbunuh dalam serangan trak di French Riviera, Perancis sempena Hari Bastille di Nice, pada Khamis.

Menurut Reuters, penyerang merempuh laju orang ramai yang sedang menyaksikan bunga api dalam sebuah festival di situ, berdasarlan pelbagai sumber tempatan.

PARISKes itu kini disiasat penyiasat antikeganasan negara terbabit, malah senjata dan bom tangan dilaporkan turut ditemui dalam trak itu.

Polis berjaya menembak mati pemandu trak 25 tan yang memandu kira-kira 100 meter sebelum menghentam orang ramai, menurut pegawai kerajaan di kawasan itu Sebastien Humbert kepada radio France Info.

Ketua kerajaan tempatan Christian Estrosi memberitahu media tempatan, pemandu itu melepaskan tembakan rambang terhadap orang ramai.

Tragedi itu mengingatkan kepada serangan IS lapan bulan lalu yang mengorbankan 130 orang di Perancis – insiden paling tragis di Perancis dan Belgium dalam tempoh dua tahun.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.