Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Serangan di Nice kejam dan tidak berperikemanusiaan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 JULAI: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengutuk keras serangan trak di Nice, Perancis yang menyebabkan sekurang-kurangnya 80 terkorban.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, tindakan pelaku yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu jelas bertentangan dengan Islam.

AZMIN“Walaupun tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, ia jelas satu lagi contoh keganasan merampas nyawa mereka yang tidak berdosa termasuk wanita dan bayi.

“Apa juga alasannya, pembunuhan beramai-ramai ini tidak boleh dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, penemua senjata dan bom tangan dalam insiden itu membuktikan wujudnya unsur serangan pengganas yang sering dikaitkan dengan Islam.

“Prinsip kesederhanaan dan keadilan mesti ditegakkan selain kita perlu bertindak tegas dalam usaha menentang keganasan,” katanya.

Reuters melaporkan penyerang merempuh laju orang ramai yang sedang menyaksikan bunga api dalam festival Bastille Day di situ

Polis berjaya menembak mati pemandu trak 25 tan berkenaan dan menemui senjata dan bom tangan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.