Categories
SELANGOR

Borang maklum balik kampung, jaminan keselamatan kediaman penduduk

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 JUL : Borang makluman balik kampung perlu diisi bagi memudahkan pemantauan pihak polis sempena musim perayaan Aidilfitri ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata inisiatif itu perlu disambut baik masyarakat demi jaminan kesejahteraan kawasan kediaman orang ramai ketika pulang ke kampung.

image (13)“Sila isi borang maklum balik kampung di Balai Polis sekitar perumahan anda, atau boleh juga mengisinya di Balai Polis Balai 15, Batu Tiga Shah Alam.

“Keperluan ini terbuka kepada mereka yang pulang ke kampung. Semoga Allah peliharan harta benda kita,” katanya di Twitter.

Orang ramai boleh mendapatkan borang tersebut di mana-mana balai polis berhampiran atau boleh memuat turun menerusi portal Polis.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata, pihak polis merekodkan maklumat kediaman pemilik yang pulang ke kampung.

“Kami tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini seperti kes pecah rumah berlaku ketika mereka pulang ke kampung,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.