Categories
SELANGOR

Borang maklum balik kampung, jaminan keselamatan kediaman penduduk

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 JUL : Borang makluman balik kampung perlu diisi bagi memudahkan pemantauan pihak polis sempena musim perayaan Aidilfitri ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata inisiatif itu perlu disambut baik masyarakat demi jaminan kesejahteraan kawasan kediaman orang ramai ketika pulang ke kampung.

image (13)“Sila isi borang maklum balik kampung di Balai Polis sekitar perumahan anda, atau boleh juga mengisinya di Balai Polis Balai 15, Batu Tiga Shah Alam.

“Keperluan ini terbuka kepada mereka yang pulang ke kampung. Semoga Allah peliharan harta benda kita,” katanya di Twitter.

Orang ramai boleh mendapatkan borang tersebut di mana-mana balai polis berhampiran atau boleh memuat turun menerusi portal Polis.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata, pihak polis merekodkan maklumat kediaman pemilik yang pulang ke kampung.

“Kami tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini seperti kes pecah rumah berlaku ketika mereka pulang ke kampung,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pemimpin Umno, NGO Melayu Pro-Umno serah borang sertai PR di Stadium Kajang, malam ini

Oleh : Eddy Noor Reduan
 
Stadium Kajang malam ini bakal menyaksikan pemimpin Umno setempat beserta ahli-ahlinya dan beberapa NGO melayu Pro-Umno, akan umum keluar Umno dan serah borang menyertai Pakatan Rakyat.
 
Berikutan hilangnya kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin Barisan Nasional menerajui negara, dipercayai tindakan ‘keluar Umno masuk Pakatan’ ini akan berterusan dalam skala yang lebih besar. 
 
Datuk Seri Wan Azizah dijangka akan menerima serahan lebih 100 borang disaksikan oleh DS Anwar Ibrahim pada sekitar jam 9 malam ini di pentas Karnival Rakyat Selangorku anjuran SAMM dan Exco Pengguna dan Pelanconangan Negeri Selangor.
 
Semua pengamal media termasuk dari media arus perdana dijemput untuk membuat liputan.
 
SAMM menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan sendiri peristiwa yang menjadi satu titik penting dalam meneruskan legasi ‘Langkah Kajang’.
 
Selesai majlis penyerahan borang, acara diteruskan dengan sebuah forum debat ‘Wancana AMK’ yang menampilkan calon-calon Ketua dan timbalan ketua AMK dengan idea masing-masing.
 
Sekian,

# Edy Noor Reduan adalah Pengarah Propaganda SAMM