Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kasma raih kemenangan keempat di Teluk Intan

TELUK INTAN 31 JULAI: Kasma Daniel Kasmayudin meraih kemenangan keempat dalam saingan CP130 dengan aksi dominan sejak sesi pertama sehingga ke perlumbaan akhir pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2016 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor yang bermula dari petak pertama itu berjaya menamatkan 18 pusingan keseluruhan dengan masa 16’04.642s, 8.115s dihadapan rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 16’12.757s.

Adik Fazli, Ahmad Fazrul Sham dari pasukan AHM Motorsports menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 16’15.894s.

“Saya berada di kedudukan terbaik untuk memenangi perlumbaan, jadi saya hanya kekal fokus di sepanjang perlumbaan dan cuba menjarakkan diri dari Fazli yang berada di belakang.

“Kemenangan hatrik dan keempat pada musim ini membantu saya untuk naik ke tangga teratas keseluruhan namun bukan jaminan untuk saya memenangi gelaran musim ini. Ahmad Fazli hanya dua mata di belakang dan saingan musim ini juga masih panjang,” jelas Kasma.

Kemenangan ini meletakkan Kasma di tangga teratas dengan 100 mata diikuti Fazli, 98 dan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) ketiga, 52 mata.

CP115-03 (1)
CP115

Dalam kelas CP115, Md Syafiq Rosli meraih kemenangan pertamanya pada musim ini dalam pertembungan sengit bersama pendahulu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).

Namun, pelumba M-Seki Liberty Honda itu berjaya mengatasi cabaran Tengku Amirul untuk menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 13’55.485s manakala Tengku Amirul ketinggalan 6.7s di belakang untuk berada di kedudukan kedua.

Md Akid Aziz (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di kedudukan ketiga dengan masa 14’02.418s.

Tengku Amirul kekal sebagai pendahulu dengan mengumpul 90 mata diikuti Akid kedua, 61 mata dan rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues ketiga, 60 mata.

Dalam saingan kelas Wira, pelumba pasukan kendalian bekas juara kelas perdana Kejuaraan Cub Prix, IUGB AFB Tech Racing, Md Helmi Azman meraih gelaran juara buat pertama kali dengan catatan masa 11’16.566s diikuti Md Amirul Arif Ramlee (PETRONAS Yamaha) kedua, 11’22.066s diikuti Md Afizi Supaaat (Persendirian) ketiga, 11’32.148s.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, MMd Shafiq Ezzariq mendahului kedudukan pelumba dengan 113 mata diikuti Helmi kedua, 78 mata dan Amirul ketiga, 52 mata.

Keputusan:
CP130
Perlumbaan akhir:
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 16’04.642s 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 16’12.757s 3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 16’15.894s 4. Norizman Ismail (SGR) Honda 16’16.799s 5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 16’18.242s

Kedudukan keseluruhan:
1. 1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 100 mata 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 98 mata 3. Norizman Ismail (SGR) Honda 52 mata 4. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 51 mata 5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 47 mata

CP115
Perlumbaan akhir:
1. Md Syafiq Rosli (PRK) Honda 13’55.486s 2. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 14’02.227s 3. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 14’02.418s 4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 14’04.444s 5. Md Haziq Fairues (SGR) Yamaha 14’07.920s

Kedudukan keseluruhan:
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 90 mata 2. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 61 mata 3. Md Haziq Fairues (SGR) Yamaha 60 mata 4. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 51 mata 5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 50 mata

WIRA
Perlumbaan akhir:
1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 11’16.566s 2. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 11’22.066s 3. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 11’32.148s 4. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 11’35.635s 5. Md Yusri Md Salehan (SGR) Yamaha 11’41.652s

Kedudukan keseluruhan:
1. 4. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 113 mata 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 78 mata 3. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) 52 mata 4. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 47 mata 5. Mq Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 47 mata

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.