Categories
SELANGOR

‘Jalinan Kasih’ MPSJ prihatin nasib kanak-kanak OKU

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 JUL : Program Jalinan Kasih Home Help Services Majlis Perbandaran Subang Jaya 2016 mampu memberikan harapan baru kepada golongan memerlukan di sekitar perbandaran itu.

Program bersifat bantuan kebajikan itu mensasarkan golongan kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) miskin dan terlantar menerusi galakan dan sumbangan orang awam sebagai sokongan moral terhadap program terbabit.

“Orang awam boleh menghulurkan sumbangan seperti barangan keperluan asas, wang tunai, pampers kanak-kanak dan pelbagai sumbangan lain.

MPSJ“Sumbangan boleh disalurkan kepada Bahagian Khidmat Komuniti, Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ selewat-lewatnya pada 28 Julai 2016,” kata MPSJ dalam kenyataannya di Facebook.

Program kebajikan itu dianjurkan Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPSJ dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Daerah Subang Jaya dan Pejabat Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban mereka yang memerlukannya.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi: Bahagian Khidmat Komuniti, Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ, atau terus kepada Rosmawati Zainuddin di talian 03-56210060 sambungan 165.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.