Categories
BERITA UTAMA

Selangor tuan rumah festival choral kanak-kanak antarabangsa 2016

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 JUL : Selangor dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Malaysia International Children Choral Festival 2016, 16 Julai ini.

Bertempat di Shah Alam Theatre, bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang, festival tersebut melibatkan penyertaan beberapa negara luar dari seluruh dunia.

Antaranya Filipina, Indonesia, India, Jepun dan Vietnam yang pastinya mampu memberikan persembahan terbaik sepanjang festival berlangsung.

image (17)Sementara itu, pasukan Malaysia dijangka bakal diwakili beberapa pasukan utama antaranya dari SK Tengku Ampuan Intan Choir, Kuala Terengganu dan SK Bukit Damansara Choir Piachere Choir.

Selain itu, SJKC Khwang Hwa Choir Pulau Pinang dan beberapa sekolah lain lagi.

Orang awam boleh mengambil peluang untuk menyaksikan persembahan hebat kanak-kanak ini selain memberi sokongan moral kepada pasukan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam antara penganjur sepanjang festival berlangsung.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.