Categories
NASIONAL

KEADILAN sambut baik batal PRN Pulau Pinang

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 31 JULAI: KEADILAN menyambut baik keputusan DAP untuk tidak meneruskan hasrat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan itu dibuat selepas KEADILAN menyampaikan keputusan mesyuarat pimpinan tertingginya kepada DAP.

“Saya sendiri menyampaikan pendirian KEADILAN kepada Yang Berhormat petang semalam secara rasmi dan dalam tempoh yang singkat DAP membuat keputusan selepas beliau berbincang dengan seisi DAP,” kata Mohamed Azmin.

PKRBeliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Bakal Jemaah Haji di Masjid Al-Hidayah di Taman Melawati di sini, hari ini.

Jelasnya, kemampuan Pakatan Harapan (PAKATAN) menyelesaikan isu ini secara perbincangan harus diteruskan bagi mencari jalan menyelesaikan sebarang perkara berbangkit pada masa akan datang.

“DAP memohon pandangan kita dan sudah tentu kita memberi pandangan dan dirumuskan secara konsesus.

“Ini sesuatu yang positif. Maknanya dia tidak membuat keputusan secara unilateral tetapi mempertahankan muafakat PAKATAN dalam menyelesaikan beberapa perkara,” katanya lagi.

Terdahulu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu sidang medianya mengumumkan keputusan DAP membatalkan hasrat mengadakan Pilihan Raya Negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.