Categories
SELANGOR

Konsep mesra alam meriahkan Jamuan Raya MBSA

OLEH : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JULAI: Konsep ‘Go Green’ sekali lagi menjadi tema Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi penganjuran Jamuan Hari Raya tahun ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, berkata konsep hijau itu merangkumi penyediaan juadah, hiasan gerai dan pengurusan sampah.

Katanya, peralatan seperti pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garfu yang digunakan diperbuat daripada plastik dan kertas.

CP2A5071-800x533“Kita juga tidak menggunakan peralatan berasaskan polisterin.

“Perhiasan khemah makanan disedia berasaskan bahan kitar semula, penyediaan tong kitar semula serta tong pengasingan minyak bagi pengedalian jamuan,” katanya.

Selain Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, majlis turut dihadiri Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Sejumlah RM2,000 turut disumbang kepada Pertubuhan Pengurusan Rumah Safiyyah Seksyen U10 dan duit raya kepada 30 anak yatim.

Terdapat 16 gerai diuruskan kakitangan MBSA bagi menyediakan pelbagai juadah dan minuman kepada tetamu.

Antaranya sate, ayam golek, laksa Johor, mee goreng, kuey teow goreng, kuih muih, lontong, roti john, apam balik, buah-buahan tempatan, cendol dan air batu campur.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.