Categories
SELANGOR

Kontraktor sampah tamat kontrak jika demerit kurang 70%

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 JUL: Kontraktor kutipan sampah domestik berdepan tindakan penamatan kontrak oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) jika demerit kurang 70 peratus.

Datuk Bandarnya, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata penilaian demirit setiap kontraktor berdasarkan skala Notis Tindakan Pembetulan (NTP) dilakukan setiap bulan bertujuan memastikan setiap kontraktor dilantik memenuhi standard dan piawaian ditetapkan.

Katanya, manakala notis peringatan pertama dikeluarkan jika NTP kurang daripada 79 peratus.

MBSA Zaharin“Tindakan lebih ketat kepada kontraktor dilantik dan penamatan kontrak dibuat dengan segera sekiranya kontraktor gagal dan tidak mengikut syarat ditetapkan.

“Syarat dan garis panduan ini hasil perbincangan dengan Kerajaan Negeri. Kita mengenakan syarat ketat dan kontraktor terpilih adalah berkelayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan Surat Tawaran Kontrak kepada kontraktor kutipan sampah sisa domestik MBSA sesi 2016 / 2019.

Pada masa sama, Zaharin berkata lori-lori kompaktor dipasang dengan alat Automatic Vehicle Locating System (AVLS) bagi memudahkan pemantauan pergerakan lori terbabit.

“Kontraktor perlu menyediakan bilangan lori kompaktor mengikut bilangan dan spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, MBSA menambahbaik kontrak iaitu jadual kekerapan kutipan bagi rumah jenis ‘landed’ dari tiga kali (3x) seminggu kepada empat kali (4x) seminggu mengambil kira kutipan sampah hujung minggu.

KONTRAKTOR SAMPAH MBSA“Manakala, bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram, kerja kutipan sisa domestik di premis antaranya industri sesebuah, teres, berkembar dan hotel dilaksanakan dengan kekerapan kutipan lima kali (5x) seminggu,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 24 kontraktor dilantik bagi sesi 2016 hingga 2019 bertanggungjawan melakukan kerja kutipan membabitkan 25 zon di kawasan pentadbiran MBSA.

“Manakala, satu zon kerja kutipan domestik akan dilaksanakan secara inhouse oleh kakitangan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam membabitkan Seksyen 10, 11 dan 12,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.