Categories
NASIONAL

Mantan TPM: Masanya lupakan Umno, tolak BN, jangan ‘penjahat’ berkuasa

OLEH NAZLI IBRAHIM

BUKIT BERUNTUNG, 31 JULAI: Pengundi digesa menggunakan kuasa yang ada bagi menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU-14) yang bakal berlangsung nanti.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hal ini berikutan mengekalkan BN menerajui Putrajaya menyebabkan pihak yang melakukan penyelewengan terus kekal berkuasa.

“Kamu ada kuasa. Kamu yang letak dia di atas. Kalau kamu tak suka kamu boleh turunkan dia ke bawah. Sampai pilihan raya nanti jangan pilih dia lagi. Jangan pilih Barisan (Nasional) lagi.

“Dah sampai masa lupakan Umno tak mengapa. Tak ada dosanya atau hukum wajib menjadi ahli Umno. Nak jadi (sertai) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) boleh, atau pun sertai parti baru bila saya tubuhkan dengan Tun Mahathir (Mohamad) nanti,” kata Muhyiddin.

putrajayaBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri ‘Melakar Muafkat Baru’ di Bukit Sentosa di sini, semalam.

Jelas Muhyiddin, kenyataan dalam ucapannya semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor juga sudah tidak relevan pada masa ini.

“Dulu di sini juga, semasa saya berkempen untuk P. Kamalanathan, bila jumpa orang Melayu saya kata, mesti sokong kerana Umno menjadi teras. Kalau Umno kalah hancurlah masa depan orang Melayu. Saya berkata begitu kerana untuk Umno menang.

“Sekarang saya tak boleh kempen untuk Umno kerana kalau Umno menang, kekallah ‘orang jahat’ itu di situ. Kita tak nak dia di situ, bukan dia sahaja tetapi parti dia juga kita dah tak nak,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.