Categories
NASIONAL

Switzerland, Luxembourg juga nak dedah skandal 1MDB

OLEH NAZLI IBRAHIM

BUKIT BERUNTUNG, 31 JULAI: Selain Amerika Syarikat, beberapa negara lain dijangka akan membuat pendedahan berhubung penggubahan wang haram berkaitan skandal 1MDB di negara masing-masing.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara negara terbabit adalah Switzerland dan Luxebourg.

“Saya baca laporan, bukan Amerika sahaja. Di negara lain di mana wang 1MDB mengalir seperti Switzerland nak dedahkan dan begitu juga di Luxemborg juga nak dedahkan.

“Di Singapura sudah pun terdedah separuh. Semuanya membabitkan Perdana Menteri,” kata Muhyiddin.

1MDBBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri ‘Melakar Muafkat Baru’ di Bukit Sentosa di sini semalam.

Jelas Muhyiddin, beliau mengetahui perkara ini menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk meneliti laporan 1MDB seperti yang Peguam Negara Amerika Syarikat baru-baru ini.

Selain pendedahan kecurangan beberapa individu dalam 1MBD oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), Muhyiddin turut menjangkakan beberapa pendedahan lain bakal dibuat pada sedikit masa lagi.

Katanya lagi, perkara itu boleh dilaksanakan ekoran kawalan wang keluar yang dikuatkuasakan oleh kebanyakkan negara sekaligus membolehkan pihak berkuasa di negara terbabit mengesan punca wang berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.