Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

DYMM Sultan Selangor cemar duli hadir istiadat Hari Pahlawan Negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 31 JULAI : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli menyempurnakan istiadat sempena Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri.

Majlis penuh istiadat itu diadakan di perkarangan Tugu Peringatan Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Speaker Dewan, Hannah Yeoh.

Istiadat turut dihadiri Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri (ADN), pegawai tertinggi Kerajaan Negeri Selangor dan penjawat awam negeri.

image (2)Baginda Sultan berkenan menyempurnakan istiadat pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Istiadat turut diserikan dengan bacaan sajak ‘Pahlawanku’, tiupan ‘Last Post’ dan ‘Rouse’ sebagai simbolik kepada istiadat penghormatan.

Baginda Sultan turut berkenan berangkat membalas tabik hormat Diraja serta menurunkan tanda tangan buku pelawat sebelum istiadat tamat.

Sambutan Hari Pahlawan diadakan setiap tahun bagi memperingati perjuangan pejuang negara dalam menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.