Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Skandal 1MDB, bukan sekadar saman sivil tapi jenayah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 JULAI: Saman sivil dikemukakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi menyita aset bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) di negara itu bukan sekadar saman sivil biasa.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebaliknya saman sivil itu sudah pasti mendedahkan perbuatan jenayah rasuah yang melibatkan individu ‘Malaysian Official 1’.

“Mereka mendakwa kita tidak boleh mencipta gunung daripada bukit kecil semata-mata satu saman sivil.

1MDB“Sekarang jelas ini satu penghinaan apabila sebenarnya ini bukan sekadar saman sivil tetapi dua kata kunci bagi menggambarkannya iaitu rasuah dan kleptokrasi, “kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin berkata demikian menyampaikan ucaptama pada Forum Kebebasan Maklumat di Bangunan Annnex di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Ketika menyentuh isu kebebasan maklumat, Mohamed Azmin turut mengutuk pihak tertentu yang menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi melindungi perbuatan rasuah masing-masing.

Bagaimanapun jelasnya, keadaan itu berbeza di Selangor apabila Kerajaan Negeri itu sentiasa berusaha meningkatkan kebebasan maklumat di negeri yang dikuasai Pakatan itu.

Forum Kebebasan Maklumat anjuran DNS itu menampilkan panelis seperti Pengasas C4 Centre, Cynthia Gabriel, Pengarah Penang Institute, Steven Sim, Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru dan Naib Dekan Law School Universiti Tasmania, Profesor Rick Snell.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.