Categories
SELANGOR

Invest Selangor lawat 26 bandar raya utama dunia tingkat pelaburan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 JULAI: Invest Selangor Berhad sudah melakukan lawatan
kerja sebanyak tujuh kali ke luar negara, meliputi 26 bandar raya utama, setakat Julai 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Hasan Azhari Idris,
berkata kesemuanya menampakkan respon positif daripada pelabur asing.

“Selangor sememangnya strategik untuk pelabur dan perkara itu jelas menarik mereka.

“Ada juga dalam kalangan pelabur yang tidak tahu mereka melabur di Selangor selama ini kerana menyangka kita terletak dalam Kuala Lumpur.

Selangor-maju“Namun sekarang mereka sudah lebih jelas dan arif kedudukan Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditemui ketika Majlis Rumah Terbuka Invest Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di sini, hari ini.

Setakat Mac 2016, Invest Selangor berjaya menarik hampir RM1 bilion pelaburan sektor perkilangan daripada negara luar.

Hasan berkata, pihaknya yakin sasaran RM6 bilion untuk tahun ini berjaya dicapai menjelang Disember nanti.

“Tahun lalu, kita mencapai RM7.9 bilion daripada sasaran RM8 bilion.

“Jadi, kita yakin sasaran yang sudah dikurangkan ekoran keadaan ekonomi global untuk tahun ini, boleh dicapai,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.