Categories
SELANGOR

Selangor hasil Buku Audio mesra OKU pertama di Malaysia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 JULAI : Kerajaan Negeri menjadi peneraju kepada penghasilan Produksi Buku Audio yang bakal memberi manfaat kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan di seluruh negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata iniasitif tersebut dilaksanakan bagi memastikan golongan berkenaan tidak terlepas daripada mendapat askes pembacaan ilmu.

“Kita mengaplikasikan penggunaan teknologi baru dengan melontarkan idea melakukan sesuatu yang dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada golongan sasar.

“Misalnya, dalam konteks OKU Penglihatan, inisiatif ini tentu sekali mengembirakan bagi mereka,” katanya mengulas keberkesanan program tersebut.

IMG_6755Mohamed Azmin berkata, pelaksanaan sistem tersebut akan dilancarkan dalam tempoh terdekat, selepas proses peralihan dan transkripsi kandungan pembacaan siap sepenuhnya.

“Kita memulakan inisiatif ini dalam Belanjawan Selangor yang lepas dan peluang ini digunakan untuk melakukan proses penterjemahan yang telah bermula sebelum ini.

“Saya percaya proses ini akan memberi kesan dan manfaat yang baik kepada golongan sasar di masa depan,” katanya.

Mohamed Azmin ketika membentangkan Belanjawan Negeri tahun ini mefokuskan usaha terhadap pelaksanaan program tersebut dengan memperuntukkan RM2 juta bagi tujuan penghasilannya.

Antara penterjemahan yang giat dilakukan termasuklah peralihan audio bagi karya Melayu klasik moden bertujuan membantu golongan OKU penglihatan berkongsi maklumat.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.