Categories
NASIONAL

Siasatan 1MDB: Kehakiman AS senaraikan 17 aset untuk dirampas

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 JULAI: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan 17 aset bernilai lebih AS1 bilion Dolar untuk dirampas dalam saman sivilnya.

Peguam Negara Amerika, Loretta E Lynch dalam sidang medianya berkata, aset yang akan dirampas dalam saman yang turut menamakan ‘Malaysian Official 1’ itu termasuklah termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet.

“Aset bernilai AS1 bilion yang kita bincangkan hari ini hanyalah sebahagian lebih AS3 bilion yang dicuri daripada 1MDB dan dicuci di Amerika di mana merupakan satu kesalahan undang-undang.

“1MDB sepatutnya membantu pembangunan ekonomi melalui perkongsian antarabangsa dan pelaburan langsung antarabangsa yang memberi hasil memberangsangkan untuk rakyat Malaysia,” kata Loretta pada transkrip sidang medianya yang mula tersebar ke seluruh dunia hari ini.

1MDBJelasnya, aset lain turut disenaraikan dalam saman sivil itu termasuklah, hartanah L’emritage termasuk Hotel L’Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, California 90210; aset perniagaan L’ermitage merangkumi semua harta dan aset tidak ketara dan sebuah jet Bombardier Global 5000 jet dengan nombor siri pembuatan 9625 dan nombor pendaftaran N689WM, dengan dua enjin Rolls Royce.

Selain itu, tiga buah karya seni bernilai tinggi, Vincent Van Gogh Artwork bertajuk ‘La maison de Vincent yang Arlest’, lukisan Claude Monet bertajuk ‘Saint-Georges Majeur’ dan lukisan Claude Monet bertajuk ‘Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes’ turut disenaraikan.

Katanya, selain ‘Malaysian Official 1’ turut dinamakan dalam saman itu termasuklah anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan ‘penyelewengan’ dana tersebut.

Katanya lagi, selain membeli pelbagai aset mewah dana 1MDB turut digunakan untuk membiayai gaya hidup mewah dan hutang perjudian di Las Vegas.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.