Categories
SELANGOR

Situasi politik beri cabaran pelaburan luar ke Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 JULAI: Situasi politik semasa dijangka memberi cabaran kepada perkembangan pelaburan negara luar ke Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Hasan Azhari Idris, berkata kesan serta merta bagaimanapun masih belum dapat dilihat setakat ini.

“Setakat ini tidak ada kesan langsung namun kita akan terus memantau perkembangannya dari masa ke masa.

PC (21 of 27)“Kita juga mengambil langkah berhubung dengan pelabur untuk memastikan mereka terus bersama Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui ketika Majlis Rumah Terbuka Invest Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di sini, hari ini.

Pada 20 Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwanya dibeli menggunakan dana yang dialihkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DOJ mendedahkan sejumlah AS$1 bilion dana digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, membeli kapal layar mewah, perhiasan dalaman, hartanah dan sebuah jet.

Sejumlah AS$731 juta turut didakwa disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun AM Bank milik ‘Malaysian Official 1’ yang digambarkan sebagai ‘pegawai berpangkat tinggi’ dan memegang jawatan ‘berkuasa’ dalam 1MDB.

Anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, pula dinyatakan dalam saman itu sebagai saudara mara ‘Malaysian Official 1’.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.