Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sukma2016: Selangor terus cemerlang, raih empat emas renang

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 24 JULAI: Aksi cemerlang Selangor dalam acara renang Sukan Malaysia (Sukma) 2016 berterusan di Pusat Akuatik Sarawak di sini, hari ini, apabila memenangi empat emas dan empat perak daripada lapan acara akhir dipertandingkan.

Penguasaan skuad Selangor terserlah dengan kilauan emas dalam dua acara, 200m kuak lentang lelaki dan wanita melalui Jordan Yap Zhu Ern serta Nadia Redza) diikuti 50m kuak kupu-kupu (Chan Jie dan Yap Siew Hui).

SUKMA-SARAWAKNadia yang turun ke gelanggang menerima cabaran daripada rakan senegeri, Rosalind Pang namun beliau unggul di depan untuk mengatasi pencabarnya itu di tempat kedua (pingat perak).

Begitu juga Siew Hui dalam kuak kupu-kupu yang menewaskan rakan sepasukan, Kok Cher Ling Maryann yang terpaksa berpuas hati untuk pingat perak.

Manakala dua pingat perak lagi dari acara 200m medley individu lelaki (Jordan Yap Zhu Ern) dan 100m gaya bebas lelaki (Chan Jie).

Selangor jelas mempamerkan penguasaan pada hari kedua ini menguasai pungutan pingat dalam renang dan akuatik dengan lapan emas, lapan perak dan tiga gangsa mengatasi Wilayah Persekutuan (tiga emas, lima perak, tiga gangsa) dan Johor (tiga emas, satu perak, dua gangsa).

Cabaran berterusan pada esok dan Selangor tentunya terus menerima tentangan sengit pasukan lain dalam usaha mengekalkan prestasi gemilang di pusat berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.