Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat skandal 1MDB

SHAH ALAM 26 JULAI: Suruhanjaya Diraja yang turut dianggotai Majlis Raja-Raja perlu diwujudkan bagi membuka balik segala siasatan terhadap skandal 1Malaysian Development Bank Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Kerajaan tidak harus berlengah menghidupkan Suruhanjaya Diraja malah iaselari seruan Raja-Raja Melayu yang menggesa kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan.

Katanya, disarankan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersatu dan menubuhkan suruhanjaya itu.

1MDB“Kepada pihak berkuasa tempatan, jangan dibiarkan kesilapan kerajaan zalim di serata dunia sehingga menyebabkan negara tergadai berulang di Malaysia.

“Hutang negara sudahpun mencecah RM847 bilion di 2015. Jangan biarkan keadaan ini melarat ke satu hari ini nanti apabila Bank Dunia dan IMF menanti menghulurkan bantuan.

“Ketika itu, sudah terlambat bagi negara untuk menghalang campur tangan asing,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan media.

Katanya kepada yang bimbang dengan campurtangan asing dalam isu 1MDB, penyelesaiannya mudah – bersatulah mendesak agar Suruhanjaya Diraja terhadap 1MDB dibuka.

“Teruskan desakan sehingga agensi berkuasa berani berdikari dan melakukan pendakwaan mereka terlibat merompak harta negara, dan berusahalah untuk membuat pengorbanan ke arah menukar kerajaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.