Categories
NASIONAL

1MDB: Amanah mohon perkenan Agong sokong inisiatif tuntut aset rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) memohon perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong memberi sokongan terhadap tindakan Datuk Husam Musa mengambil tindakan mahkamah di Amerika Syarikat bagi mengembalikan aset dicuri melalui syarikat pelaburan negara 1MDB.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata tanggungjawab mengembalikan hak rakyat negara ini sepatutnya diambil oleh Kerajaan Malaysia.

“Sehingga kini bukan sahaja tiada sebarang langkah diambil Kerajaan Malaysia, malah Peguam Negara sendiri mengakui wang 1MDB tidak dicuri dan bila Kerajaan Malaysia mengakui tiada sebarang aset negara dicuri sudah tentu mereka tidak akan melakukan sebarang tuntutan.

“Kegagalan mengembalikan wang rakyat bakal merugikan negara ini sendiri,” kata Raja Kamarul Bahrin pada sidang media di Wisma Amanah di Taman Wahyu di sini, hari ini.

Katanya, Amanah turut mempertimbangkan cadangan supaya aset bernilai berbilion ringgit dikembalikan nanti diuruskan oleh pihak lain dan bukannya pihak sama bertanggungjawab tercetusnya skandal 1MDB.

1MDB-1024x731Katanya, sokongan itu boleh diperolehi berikutan pada Oktober 2015, Majlis Raja-raja Melayu sendiri turut meminta supaya skandal 1MDB diselesaikan secepat mungkin.

“Kami juga menyesali tindakan cuba mengaitkan 1MDB dengan institusi raja seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.