Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Dua bulan beroperasi, pengguna Bas Smart Selangor Sabak Bernam cecah 12,000

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 12 OGOS: Perkhidmatan percuma bas Smart Selangor di daerah Sabak Bernam menerima sambutan baik dengan hampir mencecah 12,000 dalam tempoh dua bulan.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata jumlah penumpang pada bulan pertama ialah 10,263 sejak beroperasi, pada Jun lalu.

Katanya, jumlah berkenaan meningkat kepada 11,970 pada akhir Julai lalu.

“Angka ini menunjukkan peningkatan dan kita akan terus memantau perkembangan termasuk kekangan dan cabaran dihadapi.

pengguna mengadu nasib (1)“Antaranya, kita dapati pengetahuan tentang jadual perjalanan Bas Smart Selangor kurang jelas dan kita menguar-uarkan kepada rakyat,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, beliau ditemani Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Awaluddin Zakaria meninjau perkhidmatan bas Smart Selangor.

Setiba di Sungai Besar Sentral, Chang Khim sempat mendengar rungutan dan aduan penumpang sebelum turut menaiki bas Smart Selangor ke Sekinchan.

“Kita lihat beberapa kelemahan dan sudah mengarahkan tindakan segera diambil seperti masalah kekurangan kerusi menunggu.

“Kita pasti dengan kemudahan infrastruktur yang baik, ia dapat meningkatkan lagi sambutan terhadap perkhidmatan percuma ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.