Categories
NASIONAL

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Myanmar, tiga terbunuh

YANGON, MYANMAR 24 OGOS: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh termasuk dua kanak-kanak dalam kejadian gempa bumi dengan magnitud 6.8 melanda tengah Myanmar.

Pusat Ukuran Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa itu berlaku pada 4:04 petang (6.34 petang waktu Malaysia) di 143 kilometer barat Meiktila pada kedalaman 84 kilometer.

Pusat gempa itu terletak di 217 kilometer (km) barat laut Monywa, Myanmar dan 1,687 km barat laut Padang Besar, Perlis.

Gempa bumi itu menggegarkan bangunan di seluruh negara itu malah gegaran boleh dirasai sehingga Bangkok dan Bangladesh selama beberapa saat.

14064133_1063898733659342_2896522502633683405_nMenurut saksi penghuni dalam bangunan di bandar raya ini dan beberapa bandar lain dapat merasai gegaran kuat.

Menurut beberapa laporan gempa kuat itu telah menyebabkan beberapa kuil purba runtuh dan rosak teruk di bandar lama Bagan.

Kawasan tersebut, yang disebut sebagai Angkor Wat Kambodia, mempunyai lebih dari 2,000 kuil dan pagoda.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.