Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Halal Selangor berpotensi berkembang seluruh dunia

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 OGOS: Halal International Selangor (HIS) diwujudkan bagi mempromosikan produk menerusi pelbagai medium termasuk urusniaga di atas talian mendapat sambutan menggalakkan di beberapa negara Asia.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata usaha mempromosi Selangor sebagai hab perniagaan halal dipertingkatkan ke peringkat seluruh dunia.

“Kerajaan Negeri menubuhkan majlis Halal International Selangor dipengerusikan Dato’ Menteri Besar dan ada dua Timbalan Pengerusi iaitu Dato’ Dr Yunus yang mengawal selia isu pematuhan hukum syariah dan saya pula menjaga isu perdagangan.

“Majlis memanggil mesyuarat untuk menentukan hala tuju kepada pembentukkan halal antarabangsa bagi diperkembangkan ke pasaran antarabangsa.

CP2A3320“Setakat ini sambutan dari pelbagai negara amat menggalakkan terutama daripada China, Taiwan, Korea, Jepun dan juga Indonesia,” kata Chang Khim pada Simposium SITEC Menerajui Amalan Terbaik E-Dagang di The Selangor Digital Creative Centre (SDCC), i City, di sini, semalam.

Jelasnya, ketika ini rundingan sedang giat dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa, persatuan muslim di pelbagai negara.

Chang Khim turut berharap HIS dapat dilancarkan sebelum berakhirnya 2016 dan sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Selangor.

Katanya ia khususnya dalam industri halal di pasaran e-dagang yang giat dipromosikan Majlis Teknologi Informasi dan E-dagang Selangor (SITEC).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.