Categories
SELANGOR

SITEC bimbing 190 peniaga e-dagang, babit urusniaga RM1.3 juta

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 OGOS: Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (SITEC) komited meningkatkan lagi penglibatan peniaga atas e-dagang apabila berjaya membimbing 190 peniaga tahun ini.

Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping, berkata ia berikutan pasaran di atas talian atau e-dagang kini menjadi platform bukan sahaja efisien, malah semakin berkembang pesat di kalangan masyarakat pengguna.

“Pada 2016 di SITEC mencapai pencapaian memberangsangkan dengan membimbing 190 pedagang yang kini menceburi perniagaan online dengan memperoleh jualan berjumlah RM1.3 juta.

“Kami rasa ada banyak lagi pedagang sedang berkembang dan berjaya. Kami berharap dengan jumlah pedagang meningkat serta membolehkan mereka memperolehi jualan tinggi,” kata Kai Ping kepada SelangorKini.

CP2A3354Beliau berkata demikian pada Simposium SITEC Menerajui Amalan Terbaik e-dagang di The Selangor Digital Creative Centre (SDCC), i City, di sini, semalam.

Jelasnya, pada masa ini SITEC berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan antara penjual dan pengguna bagi memberi keselesaan kedua-dua pihak ketika melakukan urusaniaga di atas talian.

“Kami meningkatkan perkhidmatan antara penjual dan penyedia perkhidmatan supaya dapat diletakkan menjadi penanda aras di Asia Tenggara.

“Dengan standard begini kita dapat memperkembangan perniagaan online kita kepada pengguna di negara jiran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.