Categories
NASIONAL

Harga produk susu Malaysia lebih mahal ketika harga dunia jatuh

SHAH ALAM 30 OGOS: Laporan Kedudukan Isi Rumah II menyatakan harga produk susu dan tenusu di negara ini tidak menggambarkan pergerakan menurun harga global ekoran kenaikan harga produk itu.

Laporan dikeluarkan Khazanah Research Institute (KRI) mendapati Malaysia terlalu bergantung kepada susu import bagi memenuhi permintaan tempatan kerana negara hanya mampu menampung 5.0 peratus permintaan susu daripada pengeluaran tempatan.

Kebergantungan itu juga menyebabkan negara terdedah kepada turun naik kos import disebabkan nilai mata wang tidak stabil.

Laporan dikeluarkan Khazanah Research Institute (KRI)
Laporan dikeluarkan Khazanah Research Institute (KRI)

Pada 2014, isi rumah Malaysia membelanjakan purata sebanyak RM42.12 sebulan untuk produk tenusu dengan 71.4 peratus bagi perbelanjaan susu tepung dan produk tenusu selain susu segar, susu sejat dan susu pekat.

Perbandingan indeks harga eksport bagi produk tenusu negara-negara yang diimport oleh Malaysia, laporan Kedudukan Isi Rumah II mendapati harga tenusu di Malaysia lebih tinggi berbanding indeks harga eksport susu di Australia dan New Zealand.

EZY