Categories
NASIONAL

Jurugambar NSTP cedera diserang, kamera dicuri di Stadium Perak

SHAH ALAM 7 OGOS: Jurugambar New Strait Times Press (NSTP) Supian Ahmad, cedera di muka dan tangan selepas diserang penyokong bola sepak selepas tamat perlawanan bola sepak saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

BH Online melaporkan selain mengalami kecederaan, kamera jenis Canon 1DX digunakan mangsa sewaktu bertugas dianggarkan bernilai lebih RM30,000 turut hilang dicuri.

Kejadian berlaku apabila Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis untuk masuk ke tengah padang selepas tercetus pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum itu.

Menurut Supian, 36, segelintir penyokong bertindak menyerbu ke arah jurukamera yang berada di belakang pintu gol.

“Pada mulanya, salah seorang daripada mereka menarik saya sehingga jatuh dan memukul bahagian muka sebelum memijak belakang leher. “Saya tidak sempat untuk mengelak serangannya.

“Ketika itu, saya menyedari kamera dan lensa sudah tiada,” katanya.

Insiden tersebut menyebabkan kedua-dua mata dan leher Supian bengkak.

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di takhta teratas Liga Super selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Selain itu, pasukan tangga ketiga, Selangor semakin ketinggalan di belakang selepas kecundang 0-1 kepada Kedah di Stadium Darul Aman dengan jaringan tunggal perlawanan.

Kelantan pula menebus kekecewaan terikat 1-1 dengan FELDA United, Rabu lalu apabila menewaskan T-Team dengan 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak sekali lagi dimalukan di gelanggang sendiri apabila kecundang 0-2 kepada Pulau Pinang.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjarakkan kedudukan dari zon penyingkiran selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot Pahang.

GAMBAR: BH ONLINE

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.