Categories
SELANGOR

‘Kampung Run’ semarak hari kebangsaan, promosi keindahan Hulu Selangor

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 OGOS: Geografi Hulu Selangor yang indah dengan alam semula jadi sekali lagi menjadi lokasi pilihan penganjuran program larian.

Terbaru, Bina Kreasi dengan kolaborasi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan menganjurkan ‘Hulu Selangor Merdeka Kampung Run’ pada 18 September ini.

Larian bermula di tapak parkir Pasaraya Econsave Batang Kali dan berakhir di Batang Kali Business Park, Jalan Ara 2 itu melibatkan cabaran larian sepanjang 800 meter dengan tujuh acara menarik untuk kanak-kanak, dewasa dan veteran.

Selain menyemarakkan sambutan hari kebangsaan, penganjurannya juga selari dengan agenda MDHS mempromosi Kuala Kubu Bharu sebagai lokasi pelancongan santai dan semula jadi.

Ia juga merupakan antara acara sukan bertujuan mempromosi keindahan alam semula jadi di daerah itu sempena Tahun Melawat Hulu Selangor 2017.

Untuk keterangan lanjut dan penyertaan layari di laman http://www.checkpointspot.asia/Event/EventInfo.aspx

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.