Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kembara Kraf Selangor kembali dengan konsep ‘back to basic’

OLEH LIZAWATI MADFA

AMPANG JAYA, 26 OGOS: Kembara Kraf Selangor (KKS) meneruskan jelajahnya untuk tahun ke-6, kali ini dengan konsepĀ ‘back to basic’.

Penolong Pengarah Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Ahmad Nazmi Razali, berkata program bermula pada 25 Ogos lalu itu berakhir 28 Ogos ini.

“Kita bermula dengan ‘basic art’ pada 2011 sebelum mula jelajah ‘modern art’ selama dua tahun pada 2014 dan 2015.

“Pada tahun ini, kita kembali semula kepada ‘back to basic’ seperti tekstil, seramik, batik dan lain-lain,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditemui di Art Case Galleries Sdn Bhd milik artis, Raja Azhar Idris di Ukay Perdana di sini, hari ini.

KKSPada hari pertama (semalam), program dimulakan dengan lawatan ke Institut Kraf Negara, Taman Rekreasi Templer sebelum ke Muzium Orang Asli, Gombak.

Hari kedua (hari ini), peserta disaji sesi khas bersama Raja Azhar yang terkenal sebagai salah seorang artis kaca terkemuka dunia.

“Kita juga akan bersama satu-satunya artis seni kraf tangan jerami yang masih hidup, Anuar Mohd Yusof.

“Kita tidak mahu rugi kehilangan tokoh penting ini tanpa didokumenkan,” katanya.

KKS bersambung esok dengan Pameran Kraf dan Pengiktirafan Seni Sulaman Tekat Gubah Benang Emas Terpanjang oleh Malaysia Book Of Records di Aeon Mall, Shah Alam.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.