Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor sertai bacaan Yasin Sempena Kemerdekaan ke-59

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-59.

Baginda selamat tiba di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong kira-kira jam 12.40 tengah hari diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat dipimpin Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.

Baginda kemudiannya turut menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di masjid terbabit.

SULTAN 1Sebelum berangkat pulang, baginda tidak melepaskan peluang bertemu dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir.

Turut hadir pada majlis itu, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya serta beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) dan pegawai tinggi Kerajaan Negeri.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.