Categories
SELANGOR

Konsisten pertahan tanah rizab Melayu

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kerajaan Negeri konsisten mempertahankan tanah rizab Melayu seluruh Selangor menerusi pertambahan gantian yang sama dengan nilai di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.

Sebaliknya, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pentadbiran Umno di Selangor sebelum ini terus menghakis hak orang Melayu apabila tanah rizab seluruh negeri terus dirampas.

“Rekod kita sebelum tahun 2008, perompak utama dalam negara selain skandal (1MDB) adalah Umno. Mereka mencuri dan merampas tanah orang Melayu atas nama pembangunan.

“Tetapi (Selangor) di bawah pentadbiran Pakatan sejak 2008, tanah rizab Melayu melebihi nilai yang ditetapkan dan ini satu kejayaan luar biasa,” katanya.

Beliau ditemui pada Festival Orang Asal peringkat Antarabangsa di Taman Botani Negara baru-baru ini.

Tanah Rizab MelaySebelum ini, Kerajaan Negeri sudah terlebih ganti tanah rizab Melayu seluruh negeri dengan dengan penilaian 650 ekar tanah pada 2015.

Mohamed Azmin berkata, pertambahan jumlah tersebut mencerminkan kecemerlangan berterusan Pakatan di Selangor.

“Kita tidak perlu cabut keris dan melaungkan hidup Melayu kononnya untuk pertahan hak Melayu.

“Tetapi Kerajaan Negeri berpendirian bahawa hak dan kebajikan Melayu itu tetap kami pertahankan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.