Categories
SELANGOR

Lebih 100 pelajar IPT jalani latihan di Pejabat DUN Subang Jaya

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 9 OGOS: Lebih 100 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mengikuti ‘Internship Program’ di Pejabat DUN Subang Jaya sejak 2008.

Ahli Dewan Negeri (ADN) yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata pihaknya juga menjalin kerjasama dengan beberapa IPT bagi memberi peluang peserta belajar mengenai pentadbiran dan politik.

Katanya, ia juga platform untuk menggalakkan generasi muda menyertai politik dan pentadbiran kerajaan.

“Ini penting kerana mereka sentiasa ada idea baru untuk dipraktikkan selari dengan perkembangan semasa.

“Tiada tempoh masa ditetapkan tetapi saya lebih gemar mereka mengikuti dalam jangka masa panjang agar dapat belajar lebih banyak,” katanya kepada SelangorKini.

Hannah berkata, program ini sesuai dilaksanakan di setiap DUN bagi menarik minat anak muda dengan pentadbiran dan politik.

“Untuk wakil rakyat yang jujur dan telus serta tiada apa rahsia untuk disorokkan, program seperti ini sesuai dijalankan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.