Categories
NASIONAL

Mahkamah perintah Bank Muamalat kekal ‘status quo’ tiga pekerja dipecat

KUALA LUMPUR 17 OGOS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya Bank Muamalat mengembalikan ‘status quo’ terhadap tiga pekerja yang dipecat serta merta.

Setiausaha Agong Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J Solomon, berkata Hakim Dato ‘Nik Hasmat Nik Mohamad membenarkan injunksi terhadap Bank Muamalat melalui Perintah bertarikh 16 Ogos.

Perintah itu mengarahkan Bank Muamalat memindahkan tempat kerja Mohd Azan Abd Rahim, Mohd Zaki Khalib dan Wan Rosli Wan Mansor dari ibu pejabat di Jalan Melaka, Kuala Lumpur ke tempat kerja asal mereka dalam tempoh 48 jam daripada tarikh Perintah tersebut.

Sebelum ini NUBE memfailkan permohonan untuk perintah Injunksi ex-parte untuk mengekalkan status quo untuk tiga pekerja Messenger (Bukan Perkeranian) berpendapatan rendah yang dipindahkan secara paksaan ke ibu pejabat Bank Muamalat di Kuala Lumpur dan akhirnya dipecat dengan alasan tiada kerja lagi bagi mereka.

546382_411713865506559_1348745577_nBeliau juga berkata Injunksi ini adalah tindakan terakhir NUBE sejak Bank Muamalat bertindak memanipulasi dan berlaku tidak jujur dalam melayani pekerja miskin mengakibatkan pemecatan tidak sah pada 12 Ogos lalu.

Katanya tindakan Bank Muamalat tidak mematuhi Perjanjian Kolektif antara NUBE dan Malayan Commmercial Banks Association, undang-undang buruh, prinsip-prinsip perbankan Islam, OSHA, dan prinsip-prinsip etika.

“Diharap Bank Muamalat meneruskan perbincangan dengan kami untuk menyelesaikan pertikaian itu secara munasabah di meja rundingan,” katanya.

14045975_1226873040657300_4796532356889312138_n

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.