Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Rizab negeri cecah RM3.95 bilion

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 OGOS: Keadaan rizab kewangan negeri mencatatkan kedudukan stabil dan mencecah RM3.95 bilion setakat ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata rizab semasa menunjukkan peningkatan sebanyak 21.24 peratus berbanding RM3.258 bilion dicatatkan pada 31 Disember tahun lepas.

Katanya, angka rizab semasa adalah berdasarkan data pada 15 Julai tahun ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP – Damansara Utama) yang meminta status terkini rizab kewangan negeri.

CP2A8588-800x533Mohamed Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa) berkata rizab Selangor bertambah daripada RM1.6 bilion pada 2010.

“Rizab negeri RM1.9 bilion pada 2011, RM2.6 bilion pada 2012, RM2.9 bilion pada 2013, RM3.2 bilion pada 2014 dan RM3.3 bilion pada 2015,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, sehingga 15 Julai tahun ini, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM756.45 juta dalam perbelanjaan operasi, yang merupakan 52 peratus daripada Belanjawan 2016 di negeri ini.

Beliau menambah Kerajaan Negeri membayar sejumlah RM15.74 juta pada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada pelaksanaannya hingga 31 Disember tahun lepas.

“Dari 1 hingga 30 Jun tahun ini, Kerajaan Negeri membayar sejumlah RM10.2 juta untuk GST,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.