Categories
SELANGOR

Kawal populasi, MPKJ lancar operasi tembak gagak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 OGOS : Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) melancarkan Operasi Menembak Gagak, 13 Ogos lalu bagi mengawal populasi habitat binatang itu.

Yang Dipertuanya, Mohd Sayuthi Bakar, berkata gerak kerja bersama Kelab Menembak Kajang (KMK) itu diadakan sebagai inisiatif memastikan persekitaran bersih daripada ancaman gagak.

“Operasi ini bermula 6.30 pagi dan berakhir 8.00 malam itu sebanyak 994 burung gagak berjaya ditembak,” katanya dalam kenyataan.

Sebelumnya, majlis pelancaran program dirasmikan Mohd Sayuthi yang turut dihadiri beberapa pegawai tertinggi dan wakil penduduk setempat.

MPKJ GAGAK 2 Usahasama itu diharap mampu mengekalkan keharmonian dan kebersihan persekitaran perbandaran Kajang daripada habitat kotor gagak.

Pada masa sama, masyarakat disaran memastikan persekitaran bersih daripada sebarang kekotoran dan sampah sarap yang boleh mengundang populasi gagak.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.