Categories
SELANGOR

Merdeka Day Fun Ride 2016 pupuk perpaduan kaum

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 31 OGOS: Usaha membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat dizahirkan menerusi Program Merdeka Day Fun Ride 2016 anjuran DUN Subang Jaya, di sini, hari ini.

Program anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 3 itu disertai 500 peserta yang berkayuh sejauh 30 kilometer (km) bermula dari Summit USJ hingga Subang melalui beberapa jalan utama.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, selain menyuntik semangat cintakan negara, aktiviti itu juga berupaya menyatupadukan kaum, bangsa dan agama di kawasan terbabit.

“Saya yakin aktiviti sebegini mampu mengeratkan hubungan sesama masyarakat di samping mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan anak muda pada masa kini,” katanya ketika ditemui pada program itu.

Hadir sama, ADN Kinrara, Ng Sze Han dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari.

-AA-