Categories
SELANGOR

MPSJ terima anugerah antarabangsa keenam

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 24 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerima anugerah antarabangsa keenamnya di Royal Victoria Docks, London baru-baru ini.

Yang DiPertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata MPSJ sekali lagi dianugerahkan The International Green World Ambassador 2016 oleh The Green Organization.

“Pencapaian ini tidak menjadikan MPSJ selesa sebaliknya ia memberi cabaran tersendiri kepada MPSJ untuk melakukan lebih baik lagi.

“MPSJ bertekad untuk terus menghasilkan inovasi sosial yang signifikan seterusnya menjadikan bandar ini sebagai Bandar Hijau pada 2030 nanti,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPSJ yang turut disertai ahli majlis dan ketua jabatan.

MPSJ anugerahSebelum ini, MPSJ menerusi inisiatif Green Collaboration-Community Edible Greens memenangi Anugerah Alam Sekitar Green Apple 2015 di Westminster Palacae, London.

Nor Hisham berkata, projek berkenaan juga kini dalam penilaian bagi merangkul The Green World Awards For the Environment 2016 yang dijadual berlangsung di Korea Selatan pada Oktober ini.

“Projek ini memberi peluang kepada komuniti memanfaatkan tanah terbiar dengan tanaman organik dan segar.

“Ia juga membentuk komuniti dan generasi yang cintakan alam sekitar selain membina semangat kejiranan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.