Categories
SELANGOR

Pelajar Jepun terokai keunikan Shah Alam

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekali lagi menerima kunjungan pelajar Jepun menerusi Program Tokoname City Student’s International Exchange Conference Association.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, berkata lapan pelajar daripada Tokoname terlibat dalam rangka lawatan tahun ini yang bermula pada 15 hingga 19 Ogos lalu.

“Mereka diberikan taklimat dan penerangan berhubung perkembangan Shah Alam sebagai sebuah bandar raya membangun.

IMG_4333“Ini termasuk aktiviti, fungsi dan perkhidmatan MBSA serta lokasi juga tempat pelancongan menarik,” katanya kepada SelangorKini.

Kumpulan pelajar berkenaan diiringi dua guru dari Jepun serta tiga guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam.

Pada 2015, MBSA menerima kunjungan pertama pelajar Tokoname menerusi program sama.

Shahrin berkata, MBSA sentiasa terbuka menerima kunjungan mana-mana agensi dan jabatan sama ada dalam dan luar negara.

“Kita bersedia berkongsi dan bertukar pandangan serta pengetahuan berhubung perkhidmatan MBSA.

“Begitu juga dengan penambahbaikan yang dilaksanakan seperti Amalan 5S, kumpulan kreatif dan inovatif,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.